Tuesday, October 18, 2011

HAPPY!

hari ini aku ada mood nak update.
sebab mood aku happy dari semalam lagi.
minggu yang aku tak sangka...rezeki aku ditemukan oleh Allah
tapi jangan gembira sangat ok ieka...sebab kita tak tahu apa yang berlaku akan datang
just bersyukur kepada Allah.



jauh di sudut hati : sedih tak dapat bercuti dengan keluarga (T-T)

Thursday, September 15, 2011

aku berdosa :(

abah
maafkan saya
saya tak ada niat nak marah abah
saya marah kan orang lain
saya memang tak nak duduk sini
dah banyak kali saya bagitahu
saya tertekan
maafkan saya

mood : sedih




Tuesday, September 13, 2011

BERSENAM!!!!

wow.....pecah rekod hari ini ieka bangun-bangun pagi sarung kasut pergi jogging...hehehe...niat dah berlapuk akhirnya dapat ieka tunaikan....terbeliak orang kampung tengok aku berjogging hari ini....moga-moga aku dapat teruskan aktiviti ini...bukan aku nak kurus tapi aku nak sihat...dah hampir 2 tahun aku tinggalkan aktiviti bersenam...dulu zaman aku belajar aku join SUKSIS,tiap-tiap minggu aku dikerah tenaga berlari,bersenam dan berkawad....lepas tauliah tak ada nya aku nak sentuh kasut sukan itu but hari ak berjaya berjongging selama 30 minit...he3..dan sememang nya kita kene luangkan masa 30 minit untuk bersenam kan~
moga aku dapat teruskan aktiviti terbaru ak ni....sambil menyelam minum air so boleh aku turunkan berat badan aku yang makin naik ini....yang penting aku kene segar selalu baru tak lemau je aku pergi kerja kan...he3

Friday, September 9, 2011

PERTEMPURAN

"Ya Allah seandai nya itu rezeki aku yang engkau telah tetapkan di luh mahfuz untuk aku...KAU buka lah pintu rezeki itu seluas-luas nya untuk aku ....buka kan dan permudahkan jalan untuk aku mencapai nya dengan segera...semoga ia terbaik untuk aku...amin~"

Persiapkan diriku dengan sebaik-baik nya...mulai sekarang kene lah rajin baca paper or news in English dan kene tingkatkan stamina.

yang paling penting sekali berdoa terus menerus kehadrat Illahi...semua rezeki dan kebaikan datang dari nya :)

SELAMAT HARI RAYA

moga tak terlambat lah ieka nak wish selamat hari raya maaf zahir dan batin
sudah berkurun lama tinggal kan blog nie tak ada mood lah nak update...tak tahu lah kenapa maybe jiwa  ieka kacau
but raya tahun ni  happy sangat sebab dapat seminggu duduk dengan family...hilang tension semua...tak pikir apa-apa masalah pun...semua tolak tepi je...sebelah mata pun tak pandang
tapi minggu ni dah strat kerja...mood raya semua nya hilang..huh!
tambah opismate ieka dah quit untuk melaksana kan tugas di tempat baru....ieka doakan dia semoga berjaya di sana....ieka ambil berkat dia jelah...moga ieka dapat follow dia tahun ini insyaAllah...miss her so much!
untuk meneruskan sisa hidup ieka kat sini,perlukan kekuatan mental dan fizikal walaupun hati ieka meronta tak mahu...hanya Allah je yang tahu apa yang ieka rasa...hope ieka dapat bersabar dan bertahan disini,belajar ikhlas kan hati dan  moga keberkatan sabar nanti ieka dapat peluang kerja yang lebih baik...InsyaAllah....moga Allah kabul kan doa ieka dan orang di sekeliling ieka berjaya di dunia dan akhirat...amin~

mood : rindu rumah ku syurga ku!








Monday, August 8, 2011

salam ramadhan

apa khabar semua.....lama dah cik ieka tak update....sejak berkerja ni tak berkesempatan.....nak singgah sahur ke blog orang lain pun tak ada kesempatan....tapi sementara ada kesempatan hari ini cik ieka nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua umat islam di dunia...selamat menambahkan amalan dan dapat meneruskan nya walaupun bukan dalam bulan ramadhan ini.
jom singgah blog kawan terbaru cik ieka nie


p/s: doakan cik ieka :)

Monday, July 18, 2011

kerja oh kerja

zaman belajar dh habis....alhamdullillah doa ku selame ini termakbul....tp sekarang kene cari kerja pulak....kerja sekarang tak boleh pilih....ada kene dengan bidang tapi gaji lak problem....belum ada rezeki lagi...sebenarnya tak tahu nak update apa...sekadar meluahkan rasa je hari ini...doa-doakan cik ieka berjaya ok!!!!!

Friday, May 27, 2011

Lu Langsi Lu Mati! Mari Tonton KONGSI 2011

agak-agak nya cik ieka terlambat tak follow cerita ini???
lantak lah lambat ke cepat asal tengok kan
filem ni boleh  lah enjoy gak...ganas tapi comel kan
memang sebenarnya cik ieka nak tengok cerita ini masa sibuk keluar wayang tu
tapi tiba-tiba cik ieka punya kaki ini tak boleh gerak bila sebut perkataan ajaib itu "WAYANG"
macam fobia gitu...bukan cik ieka tak pernah masuk wayang...cik ieka pernah masuk cuma seja 2 3 tahun ini cik ieka tak jejak langkah kat sana....ramai cakap tak elok pergi wayang ini...ada cakap hukum haram lah...harus lah
cik ieka tak berani buat pengakuan apa-apa pasal hukum ini.
kene tanya pada yang pakar lah ...siapa yang tahu boleh share dengan cik ieka nanti
bagi cik ieka siapa nak tengok wayang itu perlu memandang berat hal-hal agama ini
jangan kerana cerita yang tak seberapa itu,kita orang islam sanggup tinggal kan hal agama ini
masa zaman cik ieka tengok wayang dulu cik mesty alert hal-hal camni so cik ieka nak share dengan korang 

1.Waktu Tayangan -ini hendak pastikan bahawa adam dan hawa sekalian tidak meninggal kan solat
Sebab dulu cik ieka dengan kawan cik ieka nak tengok cerita...cerita itu memang best tp masa nya dalm kul 7 petang...time itukan orang sibuk sembahyang maghrib kan..so cik ieka mengalah, cik ieka tinggal kan wayang lalu menunaikan solat...cik ieka tak rasa pun menyesal tak dapat tengok cerita itu tapi kita kene pastikan diri kita tak akan menyesal di akhirat nanti

2. Peneman : peneman ke pendamping...hahaha...jangan takut,maksud cik ieka siapa orang yang bersama-sama kita pergi tonton wayang itu...he3...hendak lah kita elak dari menonton dengan orang yang bukan muhrim...yang kaum hawa comel loteh itu pergilah dengan kaum sendiri dan yang kaum adam pun begitu gak,kalau pergi dengan family pun lagi ok kan..sweet gitu~

BONUS bagi kaum hawa yang datang bendera jepun itu...so korang boleh enjoy bila-bila waktu korang nak layan movie kan..he3

kalo lah cik ieka kaya,cik ieka boleh bina pusat beli belah yang besar pastu lengkap dengan surau yang besar,panggung wayang dan shop2 yang comel untuk kaum muslim dam muslimat kita.
diorang boleh beniaga yang penting barang di niaga halal
panggung wayang cik ieka nak buat asing kaum hawa dan kaum adam...ala macam tandas awam itu lelaki dan wanita asing...waktu tayangan tak boleh ada terganggu waktu solat
surau buat besar-besar,jangan macam sekarang kedai dan panggung wayang besar tapi surau kecil dan sempit...nak solat pun tak selesakan.

seandai nya impian ini tercapai boleh lah kita elak masalah social..kalo ada di antara kawan-kawan kita yang kaya itu,korang boleh lah buat shopping mall yang cam islamic ini....sambil-sambil itu beramal kan ~

Thursday, May 26, 2011

..:.. NORA ELENA a.k.a KASIH YANG SUCI ..:..

aku tahu sekarang semua blogger sedang update pasal cerita ini kan lagi perempuan kan macam cik ieka ni yang sedang gila tp tak gila lagi tau...hahaha....ala yang di tayang kan kat tv3 pukul 7 ptg...aku malas nak update pasal sipnopsis nya...korang boleh taip kat google cari sendiri...hahaha...jahat cik ieka ini...ala, lagi pun ramai update pasal drama ini kan kan kan...tapi ni lah aktiviti aku sekarang, pukul 7 je hadap tv tapi sayang lah tv3 tayang pukul 7 time orang sibuk-sibuk nak solat...demi Pencipta Alam ini sanggup aku menolak part2 yang tak dapat tengok tu...ala pe susah tengok balik kat tonton nama pun tonton korang wajib tonton bila-bila masa  lagi..he3...ayat apakah cik ieka taip tue....merapu je...lihat pada komen-komen di laman sosial ni...ramai cakap berbeza dengan novel nya....betul kah begitu?????...ala mana-mana drama/filem di adaptasikan dari novel memang akan berbeza dengan novel...tapi bagi cik ieka novel lagi feeling..he3...jiwang lah tu cik ieka oi...untuk novel KASIH YANG SUCi cik ieka belum ada jodoh nak baca lagi...he3...sebab dah seminggu cari kat kedai buku tak jumpa-jumpa lagi...paling ieka teruja bila dengar sales girl cakap begini

sales girl: kenapa mahu cari itu novel?
cik ieka : tak ada apa lah...saja mahu buat koleksi
sales girl : cam itukah....sudah seminggu ramai cari itu novel...saya ingat ada apa lah lagipun sudah 2 tahun novel itu...sudah mana ada lagi
cik ieka: ye ke?tak apa lah..terima kasih

tak sangka cik ieka sampai begitu sambutan dari peminat drama NORA ELENA dan novel KASIH YANG SUCI....pulak pelakon nya handsome and cun melecun...syabas buat ieka setia nak tengok dan teruja nak beli novel nya....sabtu meronggeng jap pergi kedai buku....SERBUUUUUUUUUUUUUU...hehehe

dengarlah lagu kat blog cik ieka ni...lagu dalam drama nora elana lah...layan jelah cik ieka oi~

Wednesday, May 25, 2011

TERUJA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

sebenarnya tak ada apa yang nak update...tengok blog aku nie asyik sunyi je...he3....cumsa dalam otak dan hati aku nie meronta-ronta nak buat sesuatu yang tak pernah buat lagi...agak-agak pasal apa ek????

TUNGGUUUUUUUUUUUUU

Friday, May 20, 2011

Sedarlah wanita

 Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.


p/s:kuat kan hati...berpisah bukan gelap nya dunia tapi cerah nya dunia kerna Allah akan hadirkan mentari untuk mu wanita~

Wednesday, March 30, 2011

what should i do????

lepas atau tidak

melepaskan buat mu senang tapi buat ku sakit






p/s :mungkin hikmah untuk aku

takdir!

jika itu sudah takdir nya


aku terima

Tuesday, March 29, 2011

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH



Friday, March 25, 2011

oh Al-Quran ku

GOOGLE


andai Al-Quran dapat berbicara,ia pasti berkata:
"waktu  kau masih anak-anak ,
kau bagai teman sejatiku,
dengan wudhu kau sentuh aku,
dalam keadaan suci kau pegang aku,
kau baca dengan lirih dan keras,
sekarang kau telah dewasa,
nampaknya kau sudah kau sudah tidak berminat lagi padaku,
apakah aku bacaan usang???
yang tinggal sejarah???
sekarang kau simpan aku dengan rapi,
kau biar aku menjadi kusam dalam almari
berlapis debu
dimakan kutu
ku mohon pegang lah aku lagi
bacalah aku setiap harimu
KERANA AKU AKAN MENJADI PENERANGMU

Thursday, March 24, 2011

Selamat Hari Lahir

Jom kita bergelak sebentar atau senyum sejenak.

i) Pilih bulan kelahiran anda:

Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar
ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan
iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
kongsi jawapan anda~~~juz 4 fun..

jeles !!!

yek...memang aku jeles!
tp aku nie de iman dan perikemanusian lagi...tak perlu kau nak mention kat blog pasal aku...mari berdepan dengan aku dan terus terang saja pe yang kau tak puas hati....aku cuma bertanya siapa dia?...dah kau cakap peminat kau...fine! aku terima tapi aku tak cakap suruh tutup FB kau tu...aku tak marah kau nak kawan dengan siapa-siapa..aku tak halang...memang betul cakap kau kawan tidak ada limit dan sekali lagi aku cakap aku tak halang...kalo kau rasa tak boleh terima teguran atau pertanyaan aku ni...fine!!!!
aku tidak tentukan hidup kau..aku bertanya supaya aku tidak bersangka buruk..sebab aku tahu itu yang buat kau bahagia bukan aku dan aku percaya kat kau

Wednesday, March 23, 2011

Di Sebalik Rahsia Cinta

Tajuk/Lirik Lagu: Di Sebalik Rahsia Cinta
Artis/Penyanyi: Metropolitan

Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan…
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan
Tersesat kita dalam perjalanan
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta



.:.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .:.

Alhamdulillah hari ini bersamaan 23/03/2011 akan mengumumkan keputusan SPM buat adik-adik SPM 2010...tahniah dari kakak mu ini...mesti berbaloi dengan apa yang di usahakan...mesti masa nak umum kan korang nye jantung dup dap dup dap je kan...risau sampai tak boleh tido malam..hehehehe...di kesempatan nie nak share kat adik2 or ibubapa di luar sana atau org awam hendak nya...hehehe..ceh aku ni bebel je share nya tak juga...nak share lah nie kat korang tips untuk sambung belajar kat Universiti ....siapa-siapa yang dapat result tak mengempak kan tu cam aku jangan tension or risau...banyak peluang lagi...tulah dulu time balajar org suruh baca komik GEMPAK tak mahu tu yang tak dapat keputusan yg mengempakan..hehehe...oloh2...aku gurau je....meh sini aku nak share tips macamana nak dpt tempat kat U lIPTA kan...sape tak nak kan..hehehe...org berebut cam pisang panas..hehe..masa zaman aku dulu sebelum aku dapat keputusan SPM aku plan dulu..jeng...jeng...pekah plan tersebut..teruskan pembacaan anda :)

LANGKAH PERTAMA

dapat result terus mohon UPU dan Maktab (kepada siapa2 yang mahu jadi pendidik)
dah mohon cantik-cantik korang tunggu lah diaorg panggil..hehehe
kepada yang mengambil sekolah agama boleh terus ambil sijil tinggi agama malaysia (STAM)....sementara tunggu panggilan mana-mana kan
kalo dapat masuk matrik/asasi/tamhidi  lagi bagus kan....target yang pertama mesti dapat masuk U gune SPM means matriks

LANGKAH KEDUA

kalo tidak dapat masuk matriks...masuk tingkatan 6 ambik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau setaraf STAM
kalo nak action sikit...jeles kan kawan-kawan dah masuk U tibe-tibe kene pegi sekolah balik...korg ambil lak Diploma ala tak lama 3 tahun ja

lepas tu korang boleh lah ambik degree aka IJAZAH yang di impikan

kalo korang de kerajinan yang deboom sambung sampai pering kat ter tinggi..hehehe


flow nye lebih kurang macam kat bawah ni

PLAN A

SPM
  |
MATRIKULASI/ASASI/TAMHIDI/FOUNDATION
  |
UNIVERSITI (degree)

PLAN B

SPM
|
STPM/STAM DAN SETARAF
|
UNIVERSITI (degree)

PLAN C

SPM
|
DIPLOMA
|
UNIVERSITI (degree)



p/s:apa-apa pun  kita mesti berdoa dan berusaha untuk mencari yang terbaik untuk kita

Thursday, March 17, 2011

.:. Sebuah Pertemuan.:.

jengguk- jengguk Fb...mouse aku minat tol nak klik2 kat
2nd BatcH Acc USIM .... group ni mencerita kan tentang budak- bidak kelas aku...sekarang nie masing dah jauh sebab masing-masing sibuk menjalani rutin sebagai pelajar berpraktikal yang berdidikasi seperti aku..hehehe...poyo je lebih kan...terkenang asam garam...manis pahit...bucuk masam dan bau seumpanya kisah kami sekelas...tapi yang sebenar nya entri kali ni aku nak bagitau yang aku SAYANG KAMU SEMUA dan RINDU SANGATTTTTTTTTTTTTT KAT KAMU SEMUA.!!!!!!!!!!!
kami yang gila-gila tu



 buat sahabat sekalian
FRIENDSHIP isn’t how U forGet but how U forGive,
Not how U liSten but how U UnderStand,
Not what U see but how U feel,
and not how U Let Go but how U hold oN!!

Monday, March 14, 2011

BUMI CINTA karya Habiburrahman Elshirazy

hari ni saje aku nak up date novel yang aku sedang  mengila baca..hehehe...padahal baru je start  bace...chapter 1 pun tak khatam lagi...tapi dari sipnosis yang ak bace kat belakang kulit novel nie...aku dah tertarik...lepas aku bace dan tenggok karya beliau pasal KETIKA CINTA BERTASBIH...aku dah jatuh cinta dengan karya-karya beliau...mmg masyuk habis....sejak tulah ak cuba mencari erti cinta yang sebenar..hehehe...tak da pape pun psl entri nie...kalo nak cite kat korang pasal novel nie...aku pun tak  khatam lagi..hehe..cume aku rase korang patut bace novel2 camnie...bukan pe korang renung2 kan...korang nak beli buku agama jauh sekali..kalo beli tak terbaca...so medan pe yang jadi seronok kalo kite nak mendalami ilmu agama serba sedikit....so aku suggest kat korng bace lah novel or tgk lah cite2 yang de islamic value nie...korang dpt ilmu plus dpt pahala...bebel lak nnt tak terbace lak novel aku nie.hehehe

Friday, March 11, 2011

kekasih~


Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu

Wednesday, February 16, 2011

buat jejaka malaya~

Seorang lelaki yang di idamkan 
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa… 
Biarlah dia seorang yang buta
Buta, Kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha 
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi 
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah 
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia dan seumpananya 

Biarlah dia seorang bisu
Bisu, Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran 
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran 
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan 
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran 
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran 

Lelaki idaman ialah seorang yg bakhil 
Bakhil, Bakhil dalam memberi senyuman 
Pada wanita yang bukan mahramnya 
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya 
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkn masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya 
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya 
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran 
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki idaman adalah seorang yang papa 
Papa, Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat 
Papa memiliki akhlak mazmumah 
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan 
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia 
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya 
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri 
Dia mahu menjadi seorang syuhada 
Yang syahid di jalan Maha Esa

PERS0ALANNYA..

MASIH ADAKAH LELAKI IDAMAN ITU??

Monday, February 14, 2011

mari anak-anak ku bersolat~

time2 cuti aku tak de keje nak wat so aku pn belek2 lah majalah...aku tertarik lak nak baca solusi...aku bace punye bace aku rase besh lak satu topik pasal solat....camne nak didik anak bersolat...so nak jd cerita aku teringat cmne blajo aku besolat....hehehe...d ingat2 kan balik amat lah kelakar tp sgt2 berguna bila aku dh beso ank dara nie..hehehe...cmne aku mule2 bertatih nak solat ni..d sini aku nak gtau peranan ibu bapa lah yg sgt penting dlm didikan ank..dulu time tadika abah aku anto sekolah abim...tadika terbek ak!..he3..why???? kt sini aku blajo solat..mengaji..bhs arab n etc....he3...besh giler~..tomey kan mase tadika...he3
bebel lak ak...benar nye aku nak cite pasal aku jinak2 nak solat...moh kite sambung ok...mula2 aku blajo kat tadika abim tu lah...ustazah tu ajo aku ambik wuduk pastu semahyg jemaah ngan bdk klas..kelakor giler...why????...sebab time 2 kan bdk2 so tyme 2 ak ley borak ngan membe seblh time sujud lah rukuk lah..hehehe..lawak2...pastu nek sek rendah ak pun celup2 gak solat....abah slalo ingat kan solat2..walaupn x reti bacaan dlm solat xpe...abah gtau ajo bace je alfatihah..so aku pn ikot je...dlm semua rakaat aku bace surah alfatihah....pastu time aku darjah 2 aku merengek2 kat mak minta telekong...dulu mane de telekong saiz kecik cm sekarang...hu2...so mak pn beli kain dan tempah kt jiran dpn umah die...mak cik 2 dah arwah...moga die di tempat kan di kalangan org2 yg solehah.....aku pn semangat nak solat..hehehe...sbb dpt telekong baru....nek darjah 3 aku pn terpikir  tak kan selame2 nye aku nak bace alfatihah je kan...so aku beli buku solat yang de versi laki n pompuan 2 ..kaler hijau...aku belikan kt jalan haji segamat dpn kedai jakel 2..korg beli kt mane???hehehe....so aku pn belek2 dan balajo sikt..tp aku lambat hafal...huhu...so ak pn wat sesuatu..nak taw pe????kalo di ingat2kan balik...lawak sgt2...aku buka buku 2 letak kt bwh ats sejadah...ak pn ikot lah bacaan dlm buku 2..men selak2 smbil wat perbuatan dlm solat...so lame2 ak jd hafal....alhamdulillah ak dpt blajo solat ngan bek...kalo g sekolah.ustaz ajo n tegur mane yg silap....kt umah pn abah tegur gak...so dr situ aku blajo demi sedikit...sampai skng pn aku tnye ustaz or ustazah if de mslh dlm solat....kn kite di galakn menuntut ilmu smapai mati...sedang kan ulama' merasa kan solat nye tidak sempurna lagikan kite nie yg naif~

di sini aku nyatakan bhw ibubape adalah pendidik terawal ank2 mereka....kite yg mencorak mereka dgn cara kite sendiri...pilihlah jln yg di redhai Allah dan panduan yg islam telah garis kan...amin~

Friday, February 11, 2011

Intipati Khutbah Jumaat

intipati Khutbah Jumaat:


1: Umat Islam diHARAMkan mnymbut "Hari kekasih" krn ia mrupkn amalan Kristian ymempringati kmeatian paderi mereka;
2: Umat Islam dilarang myebarkan @ mengiklankan ape2 jnis bntuk iklan y b'unsurkan Hari Kekasih;
3: pihak media juga memain prnan pnting dlm mympaikn lrng menyambut :Hari Kekaih;
4: Islammemang mnggal
akkan berkasih sayang...tp tidak membataskan waktu n hari2 y tertentu..
"INGATLAH KAUM YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN SAMA SEKALI MEREDHOI UMAT ISLAM SHGG MENGIKUTI JEJAK MERAKA.."

make up..make up...make up!!!!

pe kene ak pilih tajuk nie????
xde pe sbnr nye...ak saje nak lahir pendpt ak sndri ttg MAKE UP....everyone msty tau  kalo sebut psl make up mmg sinonim ngan gurl kan...tp bg ak mmg pnting...bkn penting pe tp juz nak nmpk kms n seri je...tp ak x berkenan ngan gurl yg make up tebal gilos smpai xnmpk natural nye...wek...geli ak...bg ak gurl x yh solek lebey coz nmpk hudus...ak lebey suke kalo solek cool n natural....bkn pe kn dlm islam pn dh mngaris kan wanita jgn berhias berlebih-lebihan coz nnt timbul fitnah! ingat fitnah tu ley wat men2 ke???? para wanita lah byk menimbulkan n menjerumus kn fitnah...jom sharing psl fitnah wanita ni...klik link nie..hope dpt buke mate pd kite semua....selain nak ingat kn diri sndri sme2 kte ingat mengingati kan...moge2 kte tidak tergolong dr fitnah nie


lagi satu ak cukup x minat kalo pakai perfume...mak ai sebatu ley bau taw...no need gurl...wat pe ko nak pakai wangi2 sgt...x kemana pn wangi ko 2....bia berpakaian sopan n kemas 2 pn dah cukup...wangi nie x penting kn ley bwk maksiat...dulu2 ustaz/ustazah dh pesan byk kali kn...dh taw pn tp saje je...bkn bau bdn kite busuk sgt pn...korg mandy kan...so cukup lah 2...tak terpikir ke korg yg korg 2 nak solat...ntah pakai perfume de bhn non halal...sia2 solat taw..so watch out gurl!

pape pn waspada pe yg kite wat x slh kalo gurl2 semua nak berhias tp bia lh kene care nye...x yh make up  tebal n berwangi berlebihan...juz nampk simple tuk tutup muke ngantok anda tu..hehehe



maaf di pinta andai tulisan ku mncoret rase di aty kalian

Friday, January 7, 2011

cinta tetamu HAti ! ('',)

Duhai saudara2...Cinta itu di dalam hati...bagaikan kita punyai sebuah rumah...Rumah itu sentiasa dikunjungi tetamu...Ada yang baik dan ada yang buruk.Terkadang rumah itu cantik apabila kita kemaskan,kita hiaskan dengan perabot KETAKWAAN,diwarnai indah dengan warna-warna KEIMANAN bahkan menjadi perhatian jika dilengkapi dengan kelengkapan ILMU pengetahuan.Tetamu yang baik hadir menambah perabot rumah mu, wahai kawanku...Dia mengindahkan lagi warna pada dinding hatimu bahkan sentiasa mengajak memenuhi rumahmu dengan kelengkapan ILMU...

Dan ketahuilah duhai saudara2ku...Tetamu burukmu hanya ingin mencuri perabotmu,merosak dinding hatimu dan melenyapkan kelengkapanmusehingga rumahmu roboh dan kau sendiri ditelan bumi kemaksiatan...Suatu hari, bayu lembut menyapa telingamu,mengkhabarkan tentang tetamu yang bernama CINTA ingin bertandang ke rumahmu...Dan berhajat tinggal di dalam kamar hati mu...

Kau gembira mendengarkannya...Maka tatkala sang CINTA sampai di hadapan pintu rumahmu...Apa yang akan kau lakukan ???menerimanya sedangkan rumah mu bersepah tak terurus ???Dengan perabot TAKWA yang reput dan sudah lapuk tak diganti,dan warna-warna IMAN yang luntur tak diperbaharui...Dan hiasan kelengkapan ILMU yang masih belum mencukupi ???Sekalipun hatimu berat...

Pintalah sang CINTA itu pulang...Beritahulah kepadanya... :Maafkan aku...Aku masih belum bersedia untuk menerima kau sebagai tetamuku...Kerana...Aku ingin menggantikan perabot TAKWA ku kerana ia sudah reput tak bermaya...Agar TAKWA ku mengingatkan aku agar aku mencintaimu tanpa melupai PENCIPTA ku,yang Maha Pengasih...

Dan kau sendiri selesa beristirehat di dalam hatiku...kerana aku ingin memperbaharui warna IMAN pada dinding rumah (HATI)ku...Agar hilanglah gelisahmu,reduplah hatimu dan tenanglah jiwamu saat kau memandangwarna-warna IMAN yang indah berseri...Terang dan menerangi...Kerana aku ingin menambah segala kelengkapan dan hiasan ILMU dalam rumahku...Agar kau selesa baring atas hamparan permaidani HARTA ku dan kau selesa dengan tutur bicara HIKMAH ku...

Kau tahu wahai CINTA ???Kerana setelah aku menerima mu sebagai tetamu ku...AKU TAK AKAN BIARKAN KAU KELUAR DARI RUMAHKU BUAT SELAMANYA.......

Duhai saudara2.....Sungguh cinta itu indah,Namun ia adalah satu anugerah apabila kita sudah mampu dan bersedia...Tetapi bagi pelajar macam kita ???Cinta itu biasanya hanyalah musibah...

Cintailah ALLAH...Yang sentiasa mencintaimu,memeliharamu dan mengasihimu...Saat mereka bertanya...Mengapa kau mencintai ALLAH ?

katakanlah wahai saudara2ku...Kerana ALLAH lah yang menciptakan aku,memeliharaku dalam rahim bondaku,kerana aku Mendengar namanya saat bapaku berseru di telingaku...Kerana Dia yang menumbuhkan dagingku...Dan mengukuhkan tulangku...Dan sentiasa memaafkan segala salah - silapku...Tutur bicara mulutku...

Bagaimanalah aku mampu untuk mencintai sesuatu atau sesiapa melibihi ALLAH...Aku tak menemui alasan untuk mengingkari Nya...Hidup dan matiku.......Segalanya untukNya......

Tuesday, January 4, 2011

Muhasabah+mujahadah+muroqobah+mu'aqobah=2011

pe bende topic ak ni..cam merepek2 je..hu2...ok lh nk share kt korang semua psl tajuk d atas ea...bende ni ak ambik dr membe ak..jom kte bace pe yg die yg xplain kn..weeee

Muhasabah..xsmestinye utk yg dah lpas..yg akn dtg pun kte perlu b'muhasbh..:-) mujahadah..kte msti b'jihad utk m'nunaikan azam kte yg kte hasil muhasabah td..muraqobah..dlm m'laksanah azam bru,kte msti ykin ada yg Maha Melihat dlm stiap gerk geri kte..mu'aqobah..adakalanyakte tewas dgn dugaan yg dtg,jd kte perlu hukum diri kte sndri ble xlaksanakan azam itu..:-)

Monday, January 3, 2011

cinta oh cinta

7 Jenis Cinta

Assalamualaikum.. dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. dengan memahami jenis kisah cinta kita, happy ending bukan sekadar mimpi & nak tahu apa saja cerita cinta itu?? Jom..

1. CINTA PERTAMA
Kadang-kadang boleh berubah seiring dgn waktu. SO, pandai2la bagaimana merawatnye supaya cinta pertama tetap segar.. first love never dies.. yang pertama belum tentu yg terbaik.. tetapi yang terakhir biasanya yg terbaik..

2. CINTA PEMBIMBING
Hmm.. yg ni biasanye dialami oleh sebahagian besar wanita. Kebanyakan drp kita ingin mendapatkan pasangan yg blh memberi pengetahuan tentang segalanya. Pasangan yg juga blh menjadi guru seorang yang boleh kita jadikan idola dan yg dpt menolong mengembangkan bakat diri kita.

3. CINTA MENGGODA
Seseorang yg terlalu mencintai kekasihnya, walaupun telah ditinggalkan pergi tetap yakin bahawa si dia tetap akan kembali kepadanya.

4. CINTA BERBEZA STATUS
Hal ini tak jadi masalah andainya kedua2 belah pihak aman bahagia. Tapi perbezaan status social yg terlalu jauh kadangkala blh membuat salah satu pihak merana bila ikatan emosi di antara keduanya kurang kuat mcm kisah cinta Kassim Selamat peniup saksofon dgn Sabariah anak Nyonya Mansor tu la.

5. CINTA 3 SEGI
Tak kurang juga ada wanita yg tertarik kpd lelaki yg dah terikat atau sebaliknya ada wanita yg gemar main cinta walaupun dah terikat. Dalam hal ini,telah menimbulkan cabaran dan dugaan yg cukup sukar ditepis

6. CINTA SI PENYELAMAT
Ini kisah cinta apb kita selalu menolong si dia setiap waktu, setiap masa. Si dia menganggap bantuan kita ikhlas, sedangkan kita pula menunggu balasannya..so, berikanlah cinta yg tulus kpdnya..Think positive!

7. CINTA DAN USAHA
Cinta itu perlukan usaha jugak..mana boleh kita duduk dalam rumah menunggu saja org masuk meminang..usaha kene ada juga. Oleh itu..berusahalah kita utk mendapatkan cinta yg kita inginkan.

p/s : Apa yg pasti cinta yg Agung itulah yg kekal abadi dan kasih manusia sering bermusim . sayang manusia tiada abadi Kasih Tuhan tiada bertepi..sayang Tuhan janjiNya pasti..

ieka..kamu yg mane 1 agak nye ea???

There was an error in this gadget